Thursday 14 July 2011

Aisyah Gadis Merah Jambu

"Lembar demi lembar kutelusuri pesona peribadinya. Hati yang kagum ini selalu tergerak untuk berupaya mengikuti Ash-Shiddiiqah Binti Ash-Shiddiiq. Si Gadis Merah Jambu..... suka sgt dgr lagu nasyid tntang aisyah humaira. Alangkah indahnya jika pribadi ini seperti AISYAH, sejuk perut mak aku mgandung hehe. dari kecik aku suka sgt dgn warna merah jambu, masuk sek menengah, semakin munjadi2 pulak, maklumlah dah pandai kumpul duit poket, nk beli brg2 yg berwarna pink. Bagi aku merah jambu tu sgt unik, warna yg tenang,lembut dah mendamaikan....yok kita bc cerita AISYAH HUMAIRA, cerita nie aku copy kat internet n bila bc best jugak if dapat berkongsi ngn kawan2...jom lah baca ^_*



Rumah yang didiami Rasulullah SAW bersama Sayyidatina Aisyah r.a bukanlah sebuah istana yang megah dan besar. Rumah yang baginda tempati bersama isteri-isteri beliau lebih tepat dikatakan sebagai bilik-bilik kecil di perkampungan Bani Najjar di sekeliling Masjid Nabawi. Bilik Sayyidatina Aisyah r.a terletak sebelah timur masjid. Pintunya pula di sebelah barat bilik Sayyidatina Aisyah r.a terletak dalam Masjid Nabawi sehingga masjid itu seakan-akan menjadi serambi ruangan.Rasulullah SAW biasa memasukkan kepala Baginda ke bilik Sayyidatina Aisyah r.a sementara baginda beriktikaf di masjid. Pada saat itu, Sayyidatina Aisyah r.a pun menyisir rambut Baginda [HR Bukhari dan Muslim]

Perabot-perabot yang ada di rumah Rasulullah SAW hanyalah tempat tidur dan sehampar tikar juga sebiji bantal dari kulit yang diisi sabut. Beberapa helai kulit yang digantung, geriba tempat air minum, bejana untuk menyimpan air dan kurma serta sebuah mangkuk untuk meminum air. Langsung tidak memiliki lentera duniawi. MasyaAllah... sedangkan kita hari ini hidup lebih sempurna dari itu. Namun masih ada yang tidak tahu bersyukur.

Sayyidatina Aisyah r.a begitu cinta pada Rasulullah SAW. Sehinggakan jika dia tidak menemui Baginda di sampingnya pada malam hari gilirannya, dia akan merasa gelisah. Sayyidatina Aisyah r.a menuturkan bahawa, "Suatu malam, aku tidur di sisi Rasulullah SAW. Malam telah larut ketika aku terbangun dan aku tidak menemukan beliau di sampingku. Saat itu rumah-rumah tidak berlampu. Aku bergerak meraba-meraba dalam gelap. Tiba-tiba tanganku menyentuh kaki Baginda yang tengah bersujud. Dalam sujud itu, Baginda berdoa," Ya Allah, aku berlindung kepada redhaMu dari murkaMu. Aku berlindung kepada perlindunganMu dari seksaMu. Aku berlindung kepadaMu dari diriMu. Tidak bisa kuhitung pujian untukMu. Engkau adalah sebagaimana Engkau puji diriMu sendiri" [HR Muslim, Malik, Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Rasulullah SAW sangat sayang kepada Sayyidatina Aisyah r.a. Memanglah Sayyidatina Aisyah r.a wanita yang cantik jelita. Tetapi Sayyidatina Aisyah r.a juga wanita yang bijak dan cergas. Walaupun usianya masih muda, dia rajin dan cepat mempelajari sesuatu. Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Keutamaan Aisyah atas wanita-wanita lain adalah seperti keutamaan tsarid (bubur daging dan roti) atas makanan yang lainnya." Tsarid adalah sejenis makanan yang paling istimewa ketika itu.
Kecintaan Rasulullah kepada Sayyidatina Aisyah r.a melebihi kecintaannya kepada isteri-isteri Baginda yang lain. Pada suatu ketika Rasulullah SAW ditanya, "Siapakah orang yang paling engkau cintai?", maka beliau menjawab, "Aisyah". Hal ini didasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Amr bin ‘Ash, dimana dia datang kepada Nabi seraya bertanya,"Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling engkau cintai?", beliau menjawab, "Aisyah".


Kemudian Amr bin Ash bertanya, "Siapakah orang lelaki yang paling engkau cintai?", beliau menjawab, "Bapaknya (Abu Bakar)". Dia bertanya, "Kemudian siapa lagi?", beliau menjawab, "Umar", yakni Ibnu Al-Khathab, semoga Allah meredhai semuanya.

Ini pula keadaannya ketika mula-mula berpindah ke rumah Rasulullah SAW. Sayyidatina Aisyah r.a membawa permainannya, kerana kelakuannya yang masih keanak-anakan. Suatu hari ketika Rasulullah SAW sampai ke rumah, dilihatnya Sayyidatina Aisyah r.a sedang bermain. Lalu Rasulullah SAW bertanya:"Apakah itu ya Aisyah?"."Ini adalah kuda nabi Sulaiman", jawab Sayyidatina Aisyah r.a.
"Sayap apakah itu?", tanya Baginda lagi.
"Ini adalah sayap kuda. Bukankah kuda nabi Sulaiman ada sayap untuk membolehkannya terbang?", jawab Sayyidatina Aisyah r.a.
Jawapan Sayyidatina Aisyah r.a yang bersahaja dan agak melucukan itu membuat Rasulullah SAW ketawa.

Pada suatu hari yang lain pula, ketika Rasulullah SAW sampai, Baginda mendapati Sayyidatina Aisyah r.a sedang tidur. Sedangkan seekor kambing memakan roti di dalam rumah. Rasulullah SAW ketawa melihat keadaan itu. Baginda lalu membangunkan Sayyidatina Aisyah r.a dengan perlahan-lahan.
Rasulullah SAW memang selalu berlemah-lembut terhadap Sayyidatina Aisyah r.a kerana dia masih terlalu muda. Oleh itu, Rasulullah SAW memberinya kesempatan dan peluang untuk mempelajari dan memperbaiki diri.

Begitu banyak keutamaan dan kemuliaan yang dimilikinya. Semoga setelah membaca kisah pada qishshotun kali ini, hati kita akan tersentuh dan semakin menambah rasa cinta kita kepada Gadis Merah Jambu ini.