Sunday 10 February 2013

setia perlu ke? ada ke lagi lelaki yg setia dalam sesuatu perhubungan?


Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ra mai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? dan ada jugak yg mgangp jika dia xsetia mungkin dia mgnggp ohh maybe pasangan aku pun xsetia!!! hellloo!!!! jika awak dah xsetia tu xpyh lah nk pikir pasangan awak pun xsetia!!!

Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.


Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.

Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya? Tidakkah ia sama dengan penipuan? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan. Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya. Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan.
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.
Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Penting untuk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita tapi. Yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan. Tawakal dan Redhalah.. :)
Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya.

aku dah kawen sekarang!!! yahoooo!!!

Assalamualaikum :)..tika aku bc cerpen nie berjurai2 air mataku...so zura nk shared kat korang:) cerpen ni...if nk bc sila lh sediakn tisu sekotak!!!! hehe ini semua poyos!!! kiki jom layanzzzz.....


                                                                                Tajuk Cerpen : Aq da kwen skrg!!

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..




Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..




Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..




Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.




Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.




Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.




Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.




Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..




Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab saying bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.




Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..




Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??




Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!




Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!




Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..




Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..




Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.




Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!




Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!




Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..




Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Haffiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??




Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!




So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..




Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!




Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??




Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.




Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!




Aku buntu..




Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..




Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.




Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..




Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..




Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!




1 Julai 2007,


Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,


Dan Ara menangis bila abang melamarku
Buat suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,


Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita
Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,


Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbica,


Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa


Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..


Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.




*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..




Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?




4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?




Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.




Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.




Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.




“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”




Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..




Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..




Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..cerpen ni

kesan solat dhuha dalam kehidupanku....


SOLAT SUNAT DHUHA .:)



Assalamualaikum...



Tiba-tiba teringat dekat mak pagi2 macam ni.dah lama tak balik rumah..rindu sangat.minggu depan incik huby balik nak ajk blk segamat, cz bulan lepas dah blk kedah, so bulan nie blk segamat, aku and huby memang dah discuss tiap bulan if xde apa2 plan, kitaorg akn ambik sikit masa tuk balik kg, sementara mak ayah masih ada nie, luang2 kan lah sikit masa tuk mak ayah kita, hah sape2 yg pyh sgt nk blk kg tu, ingat2 lah mak ayah kita tu dah tua, perlukan sedikit perhatian, bukan wang ringgit je semata2... hehe membebel lak mokcik zura nie kiki...opsss ok berbalik pd tajuk solat dhuha ^~*.....:").


Pesanan yang mak selalu buat kalau pagi2 macam ni "akak,pergilah buat solat dhuha dari dok ngadap laptop tuh.dapat jugak pahala"..Sincerely aku memang agak terkesan dgn kata2 mak tu...tapi biasalah Kalau nasihat tu just masuk telinga kanan kluaq kot smua telinga .(mcm byak telinga sangat).Dear  mak,eventhough your daughter act like she doesn't love to hear you but she noticed you..she's listening every single word you have say even her face show a duck face (muka itik comey)..she is listening to you.she knows for every words that u've told her were true...


about Dhuha..

Dah lama nak buat.tapi tak buat sebab beberapa factor : 1.mengantuk di pagi hari
                                                                                      2.malas...
                                                                                      3.malas lagi...
                                                                                      4.malas lagi lagi.

Memang tak boleh jadi ni..Sampai bila aku nak jadi kawan syaitan .oh mannn...syaitan is not a friend of yours as well as mine.They are not really good in friends..mereka tu ahli neraka jahanam.hampa mmau kawan..??so go on,senang sahaja..bukak aurat,dedah sana dedah sini,mencuri, etc. kiki





What Dhuha..

Sedih..ada jugak muslims (in ic je la) tak tahu solat sunat dhuha tu ape and kalau tahu pun tak tahu apekehel kena solat dhuha.Nak share sikit lah..aku tahu solat dhuha ni lepas tengok cerita 'DHUHA'.Seorang budak tu nama nya Muhammad Dhuha...suka solat dhuha time rehat,and because of that dia selalu lambat ke kelas.Dan the most sad part dia kena marah2 dgn sorang cikgu laki yg sangat garang tahap perhhh perhhh.Lastly dipendekkan crita budak tuh meninggal dunia sbab excident .Depan mata cikgu yg garang tuh..lpas tu cikgu tu tak pernah tinggalkan solat sunat dhuha and dia mnyesal marah2 + tuduh2 budak tuh.-theend-

Dari cerita tu aku tanya mak ,'mak.APE TU SOLAT DHUHA?? ' (comel je kan aku tny?ahakss).She replied.

'solat dhuha tu solat sunat .solat tuh boleh dilakukan dari pukul 8 sehingga sblum tengahri.'dan ini sahaja aku mampu berkata 'oooooooooooooooooooooooo'.
sebernarnya aku nak citer sikit, dulu aku pernah buat solat dhuha nie, bukannya aku xpernah buat, tapi dh lm xbuat, mak aku nie memang tiap2 pg, dia akn buat solat dhuha, so bila tgk mak selalu bt, so terkesan gak lh kat hati nie, satu haritu aku sungguh2 bt, sambil mngis teresak2...masatu aku pn lp sebab apa aku sedih sgt ( poyo je hehe xkn xingat tp segan nk citer kiki so ckp xberapa ingat lah ahaaak! hehe) lepas aku bt solat tu... masatu aku sgt2 lah sengkek!!! and selepas beberapa haritu, aku g bank...nd tetiba dlm bnk aku ada rm900!!! uikkk sape lak yg masukkan aku duit? setahu aku dlm bnk tu ada rm100 je!!! pastu aku pun bank and tnya mcmner duit aku tetiba bertambah haha jujur x aku nie? jujur ok! ahaaakk!!! pastu diaorg ckp xdpt nk kesan sape yg bnk in duit tu, cz depa guna atm... puas aku tnya kakak2 aku kot2 depa ka murah hati bg kat aku kan, haha smua ckp xde pun! and tnya incik boyfrend! ( now incik suamilah hehe mstu bf lg) dia ckp pun xde pun b masuk kan... huhu rezeki dr langit kot....haha, and tetiba baru aku teringat doa aku ms solat dhuha tu...subahanAllah sampai sekarang masih aku ingat kesan solat dhuha tu... now dh kawen nie, 2 week incik suami kat laut, so aku lebih bnyk masakan, so alhamdulilah now dh mula rajin bt solat dhuha... dah jd isteri org kan xleh malas2' xmau xmau haha, kata nak jd isteri solehah kan? kiki insyallah..
Fadhilat dhuha..(copy and paste je mampu )




Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

cara solat sunat Dhuha :







Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Kelebihan:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher














    Alhamdulillah..hampir setiap hari aku berkesempatan melakukan solat sunat dhuha.Bila duk sorang2 rasa tenang je jiwa....xde tension2 kan.Allah kan ada :)
    nota kaki tgn kiki: if korang nak senang hafal zikir dhuha tu, korang g download mp3 zikir dhuha by hijjaz, so senang sgt2 nk mghafal...dulu aku sgt2 lah payah nk hafal... so angah aku sent kat aku zikir dhuha nie, hah biasalah kan manusia... if bab nyanyi2 nie sng sikit nak hafal...so aku ikut je hijjaz nyanyi( mean zikir tulah hehe) so now aku dah boleh hafal dah :) if korang dgq zikir dia mesti korang suka sgt2 sayu je and sgt bila kita hayati btul2, makna dia tu...tersusun je... xcaya try download zikir dhuha by hijjaz... selamat beramal.... daaaa

    Friday 8 February 2013

    perkenalan ku dan suami..adalah aturan Allah yg paling indah...

    assalamuailaikum...pembaca blog semua, zura harap semuanya sihat dan bahagia berada disamping orang yg tersayang...baru2 nie zura ada dapat email dan msg di fb, ramai yg tanya lama xupdate blog? ohhh ada pembaca rupanya blog merah jambu nie, syurkur alhamdulilah...moga setiap kebaikan yg disampai kan akan tersemat dalam jiwa...

    baru2 nie ada satu msg di fb tanya, citerlah dalam blog mcmmana zura boleh kenal dgn incik suami...subahanAllah zura ckp if nak tulis sampai esok pg punxhabis hehe...so zura just ringkaskan je perkenalan kami ya...pastnie hope xde lah duk menanya lagi, eh zura org johor? suami org kedah? kutub utara kutub selatan! macammana boleh jumpa? hehe persoalan tu dah biasa dah zura dgr...

    sebenarnya perkenalan kami dah lama dah...berkenalan di frendster...pada zaman stdy dulu zaman fs...fb and segala bagai like twitter ke xde lg zaman tu...mulanya incik suami add zurakat fs...but biasalah perempuan jual mahal...just sambut perkenalan incik suami ala kadar je...

    lepas perkenalan di fs, kmi xde pun berhubung...sampai zaman tagged mula ada mstu, lg sekli dgn aturan Allah, kami berkenalan semula di tagged...kali nie perkenalan di mulakan dgn bertukar ym dan seterusnya dgn izinAllah...hubungan kami bertambah rapat...

    beberapa bulan perkenalan, incik suami ajak berjumpa, masatu diamasih kerja di petronas sarawak, first time jumpa, xde apa pun yang istimewa, kecuali satu je zura masih ingat sampaisekarang...incik suami ajak bersolat di masjid putrajaya masatu...

    saat tu..hati nie terdetik, alhamdulilah, adakah ini imamku satu hari nati? selepas perjumpaan pertama tu, suami balik semula ke sarawak, hanya ym perhubung kami, sampai satu hari incik suami menyatakan hasratnyauntuk memiliki diri ini...masatu zura ckp jika dia ikhlas nak berkawan dgn zura, apa kata kita solat istharah dulu...

    bila dah buat solat istharah...baru hati nie kuat tukmeneruskan hubungan yg lebih serius lg...cantik sungguh aturan Allah kan...kami mendapat mimpi yg sama selepas 3 hari beristharah..subahanAllah maha suci Allah di atas segala aturanMu YA Allah...

    beberapa bulan selepas itu buat pertama kalinyaincik suami bawa zura bertemu familynya di kedah...hubungan yg berlandaskan panduanNya, dipermudahkan dengan mendapat restu keluarga...syukur Alhamdulilah YaAllah di permudahkan semuanya...

    walaupun cinta kami bertaup dengan solat istharah...tdk mgkin Allah tdk mguji sesuatu hubungan itu, perbagai ujian dan peritgetir kami lalui...dgn adanya ujian itu jualah mgeratkan lg rasacinta hati kami...subahanAllah...rupanya disebalik ujianMu jua, ada tersimpan seribu keindahan utuk ku sentiasamgingatiMu...betapa cantiknya aturan Allah disebalik perhubungan ku bersama incik suami...

    setelah berkali2 diuji dgn ujian yg maha hebat ( setiap ujian tu biarlah kami je yg tahu...kerana sukar tuk kami kongsi kan...) Allah menunaikan janjinya untuk orang2 yg sabar dgn ujiannya....kami bertunang 6 bulan dan kemudian bernikah...pada 26.mei.2012....

    setiap aturan Allah tu...memng sangat2 terperinci...sejak berkahwin, tidak dinafikan sgt2 bahagia berada disamping orang tersayang....Allah tu maha penyanyang...mungkin dah lama dia merindui rintihan hambanya...maka dia menurunkan lg satu ujian untuk hambanya...ya saat perkahwinan ini pun aku masih diuji...mungkin kerana kami lalai dgn kebahagiaan yg Allah beri, sampai lupa untuk lebih bertahjud kepadanya....

    perbagai onak duri kami tempuhi bersama...kata org bila dah sebumbung baik buruk seseorng tu kita perlu terima...alhamdulilah sehingga saat nie, walaupun perbagai dugaan melanda...kami masih berpegang pada janji kami sewaktu akad nikah....aku untuk mnjadi isteri yg solehah...dan suami untuk mnjadi suami ygsoleh...

    dalam hidup ini apa yg kami pegang adalah selagi kita sentiasa mgingati Allah...Allah juga akan sentiasa mgingati kita...bila masuk alam perkahwinan nie...perkara yg paling aku dan suami lakukan adalah solat berjemaah bersama2...tika mendengar incik suami membaca doa untuk kesejahteraan rumah tangga kami...terasa sayu dan sebaknya hati ini...terasa betapa kerdilnya kami ketika berada disisi'Mu Tuhan...

    bila sudah berkahwin...rezeki suami di tgh lautan...kerja di offshore memerlukan kami berjauhan...kali pertma di tinggalkan ketika suami mencari rezeki di pelantar minyak di tgh lautan...menjadikan hati ini sgt2 sayu...Ya Allah ujian apakah ini? selama 2 minggu berjauhan...memang sukar tuk kami tafsir kan perasaan ini....

    syukur dengan sisa2 keimanan di hati...baru ku ketahui...subahanAllah...apa yg Allah aturkan untuk ku dansuami selama ini...ya selama 2 week suami di laut...aku punyi bnyak masa tuk bertahjud kepadanya...subahanAllah maaf kan hambamu ini Ya Allah di atasketidak senangku terhadap perancanganmu selama ini....

    aku lebih bnyak masa tuk melakukan solat2 sunat, dan lebih dekat dengan kekasih ku yg Utama ini...SubahanAllah maha suci Allah..begitu cantik rupanyaaturan yg Allah buat untuk kehidupan ku...

    terasa lebih seimbang dan lebih mudah untuk ku menjadi seorang isteri yang solehah...setiap kali Allah duga, jika di lautsusah untuk kami berhubung atau untuk hantar email...Allah cambahkan lagi kerinduaan dan kasih syg suami isteri...dan jika suami mgatakan dia amat merindui isteri solehahnya ini....subahanAllah terbayang rasanya bahagia jika aku mnjadi bidadari syurga kelak....

    mulai saat ini dan ketika ini...jgnlah kita berburuk sangka dengan aturan Allah...ya memang memang senag kita bercakap...sabar dan tabah jika ditimpa dugaan...tetapi ingatlah dugaan kita xsehebatmana pun jika kita banding kan dengan org2 sekeliling kita... jika kita rs dugaan kita sgt hebat dan berat, muhasabahlah diri... lihat disekeliling kita...

    perancangan Allah tu adalah sebaik2 nya... incik suami selalu berpesan...jika aku kdg2 merungut2 jika ditimpa sesuatu masalah..." sayang biar kita tidak bahagia di dunia...tetapi insyallah jika syg sabar dan tabah mghadapi setiap ujian Allah nie, syg pasti akn berbahagia di akhirat" insyallah"... ya! ayat tu lah yg mnjadi kekuatan ku jika kdg2 diri ini tersungkuh dgn segala ujiannya...

    tiada manusia yg tdk diuji...dan tidak ada manusia yg sempurna...semua org ada masalah tersendiri..pokok pangkalnya hati...

    " yaAllah sesungguhnya aku amat bahagia dgn pernikahan ini, aku amat bahagia bersama insan yg paling ku sayangi , kau jadikanlah aku isteri yg solehah, tika suami ku melihat ku, akan rasa tenang dihatinya, tika suami bersama ku, akan rasa damai jiwanya,  tempatkankah aku di jannah mu, ya Allah, kau berkatilah kehidupan suamiku, aku aku mendapat tempias kerbekatannya, kau rahmatilah suami ku, agar aku dapat merasai sekali payung rahmatmu, kau jdkanlah suami ku suami yg soleh...agar aku bisa menjadi isteri yg solehah, kau kurniakanlah kami zuriat agar permatahati kami nanti akn dapat membawa kami ke jannah Mu...ameen...