Saturday 16 March 2013

7 syarat menjadi isteri yang solehah

Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin dalam Q&A Edisi 8 meletakkan 7 syarat menjadi isteri solehah.

 1- Ada hidayah daripada Allah.
Hidayah merupakan anugerah Allah SWT. Seorang isteri yang duduk disamping suami yang soleh, tidak akan menjadi seorang yang baik jika tidak diberi hidayah oleh Allah. Sebaliknya isteri kepada suami yang jahat akan tetap juga baik jika mendapat hidayah dari Allah. Contoh : Siti Asiah, isteri kepada Firaun.

 Allah SWT menceritakan hal ini:
"Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Kedua-duanya berada dibawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua-dua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suami mereka itu tiada dapat membantu mereka sedikit pun daripada (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada kedua-duanya):"Masuklah ke dalam Jahannam bersama orang-orang yang masuk (Jahannam)     ~ At-Tahrim 66:10

2- Ada niat untuk menjadi isteri yang solehah.
Niat memainkan peranan penting dalam menjadikan seorang itu baik atau tidak. Jika seseorang itu tidak pernah berniat untuk menjadi baik, maka dia tidak akan dapat merubah dirinya ke arah yang lebih baik. 

3- Taat kepada suami
Mentaati suami merupakan perkara yang wajib selagi tidak melanggar syariat Allah. Daripada Ibnu Umar r.a daripada Nabi Sollalahu Alaihi Wassalam"Mendengar dan taat adalah hak (yang perlu ditunaikan) selagi tidak diperintahkan untuk maksiat, apabila telah disuruh kepada maksiat maka tiada lagi hak mendengar dan taat." (Riwayat al-Bukhari)

4- Ada sifat-sifat isteri yang solehah
Isteri yang solehah mempunyai sifat-sifat keibuan walaupun terhadap suami. Ia membelai, mendengar, menghargai dan sentiasa berada di sisi suami. Rasulullah Sollalahu Alaihi Wassalammenggambarkan keadaan isteri yang sebegini, "Dunia itu merupakan perkara yang menyejukkan, dan sebaik-baik perkara yang menyejukkan adalah perempuan yang solehah." (Riwayat Muslim daripada Abdullah bin Amru r.a)

5- Ada amalan isteri yang solehah
Isteri yang solehah akan membuat perkara-perkara yang menyenangkan suaminya. Daripada Abi Umamah r.a, Nabi Sollalahu Alaihi Wassalam bersabda"Tiada perkara yang paling menyenangkan bagi seorang Mukmin selepas takwa yang lebih baik daripada seorang isteri yang solehah. Jika dia menyuruhnya, isterinya itu akan mentaatinya, jika dilihat padanya maka isterinya itu amat menyenangkannya dan jika dia tiada, isterinya itu akan menjaga diri dan hartanya." (Riwayat Ibnu Majah)

6- Meletakkan Allah SWT dan Rasul sebagai cinta pertama  
Mentaati suami bukan kerana suami tetapi kerana perintah Allah SWT. Justeru tidak ada alasan menderhakai suami disebabkan perangai suami tidak elok. Mentaati suami kerana mahukan keredhaan Allah SWT dan kasih sayang-Nya. Jika istiqamah berpegang dengan niat yang ikhlas, nanti Allah akan menganugerahkan kepada isteri kasih sayang suaminya itu sampai akhirat.
  
7. Banyakkan berdoa 
Hidup kita tidak boleh lekang dengan doa. Kepentingan doa untuk menjadi orang yang baik amat perlu. Mintalah kepada Allah setiap hari. Oleh kerana pentingnya doa ini, Allah SWT telah mewajibkan kita membaca satu doa setiap kali kita solat. Jika kita tidak membaca doa ini, maka tidak sah solat kita. Doa itu berbunyi, "Tunjukilah kami jalan yang lurus" (Al-Fatihah 1:6)

Oleh yang demikian, untuk menjadi isteri yang solehah, seseorang isteri itu perlu mendoakan dirinya. Bagi suami pula, doakanlah isterinya agar menjadi isteri yang solehah. Jika orang tua-tua kita pernah berkata, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, Ustaz menambah, sayangkan isteri doa-doakan. Ini kerana, doa suami akan membantu perubahan diri isteri dalam usaha mereka untuk menjadi isteri yang solehah.

"Ramai yang tidak menyedari mereka mempunyai pasangan yang baik.
ini kerana mereka hanya memikirkan yang buruk"
(al-Faqir Ila Rabbihi Muhamad Abdullah)

Monday 11 March 2013

destinasi cinta kami yg seterusnya...


Destinasi percutian bulan madu kami yang seterusnya, di Sun beach resort pulau tioman!!!


Bismilahirrahmanirrahim dan assalamuailaikum pembaca blog merah jambu ^_*, zura harap korang sihat dan sentiasa dirahmati ALLAH.. .maaflah lama sgt baru nak update pasal percutian kami di pulau tioman, cz masa xmgizinkan hehe, lps blk dari pulau tioman, zura balik ke kampong, lps tu bz dengan kelas memandu motor dan k eta hehe. Ramai yg pm zura di fb nak tahu pakej yg zura ambik and cerita kami di pulau tioman, sory ya kwn2 lambat  update…oklah  pjg lak mukadimahnya kiki

^_*
Nie muka masa otw ke pulau tioman Nampak excited x? nmpak x? haha xnmpak pun kan cz control comey haha.



Sebelum pergi bercuti zura buat research sikit tntang pakej2 pulau tioman nie, cz nati kitakan nk booking kena bg deposit  so kena cari agen yg betul2 takut kena tipu hehe, so if sape2  g leh lah contact en.AMIR  SEALIFE TRAVEL&TOURS SDN BHD, TEL: 0125215075. IF nak website dia leh msg en.amir  nati dia akn trgkan secara detail ^&*

Kami bertolak ke jeti mersing pada pukul  6.00 a.m, cz dari kuantan ke mersing agak jauh jgk, lgpun nie first time kami g, takut sesat nati and terlepas lak feri hehe, feri kami pada pukul 10am, so pukul 9am kami dah kena tb di  jeti mersing untuk berjumpa dgn agen sun beach resort. Disana kami diberi tiket pergi dan balik, tiket pemuliharaan alam sekitar, pasS ke marine park dan resit booking sun beach resort. Dan di sini jgk kami perlu membayar habis duit booking pakej tu ^_^.
:: nie tiket feri dan pass tuK masuk marine park

Nie dalam feri ^_^ ok nmpak x stiker kat baju huby zura tu? Tu stiker sun beach resort, so nati kat jeti kampong genting agen kat situ akn tunggu kami, dan akn bwk kami ke bilik kami ^_^.
Ok nie lah kg genting!!! Bukan genting kat kl tu ya kiki
ok nie lah kg genting!!! bukan genting highland

Ok past dah check in kami pun lunch kat restoran yg berdekatan dgn bilik kami, cz utuk lunch hari pertama xde dlm pakej, so kami kena pandai2 CARI MKN SNDIRI HAHA,,, kami mkn nasi gorEng seafood n husband zura mkn nasi greng ayam…not bad lah sdp gak, maybe kami kelaparan kot, cz pagi just mkn roti je kiki.
Nasi gorEng seafood tuk zura ^_^


Nasi gorEng ayam tuk huby ku yg hemsem tu kiki ^_^

Selepas mkn kami pun berehat sebentar, emm tapi xlah sebentar cz lama gak rehat cz huby tidoq lama!!! Haha smpai pukul 3ptg ! sampai zura dah bosan tunggu huby xbgn2 Dia ckp ngatok cz kami bgn seawall 5.45pagi, dan dia drive lg hehe, akhirnya huby bgn jua kerana xtahan zura asyik duk potpet2 n kacau dia tidoq haha. So kami pun siap2 tuk ambik pic! Cz esok dah xsmpat nk snap pic and berjalan2 di kmpung genting nie, cz esoknya awal pagi kami akn g snorkelling ^_^ jom tgk pic2 kami snap sekitar kg genting ^_^

Jeti di kampong genting

Jalan2 jumpa lak buai nie, sambil naik huby ayunkan nyanyi lagu buai laju2 sampai pokok sena, apa dlm baju? Sekumtum bunga cina muahahahahah

Depan bilik kami ^_^

Comey x huby aku buat peace kehkeh

Tgk yg kat belakang kami tu, pokcik tut g bz mgecat papan tanda sun beach resort, maybe cuti sekolah kan xlama lg, so resort kena di baiki pulih hehe

                                                      Love u forever sweetheart!!! Hehe

Muka ku yg sodih cz selipaq kesayangan putus, kena air masin haha, so nati korang Standby awal2 selipaq jepun ja, tuk pi pantai, haha, tp xpe pastu dpt selipar baru Haha, bnyk je selipar kat kedai2 tepi2 pantai tu jual, so jgn bimbng ya ^_^
Ok dah penat bergambaq n berjalan pusing kg genting kami pun minum ptg, perkena abc and burger ayam special!!! Pehhh mmg sgt2 sdp buger dia! Betul xtipu! Cz hari kedua pun aku pi beli lg haha.

Ok dah minum ptg, kami balik tukaq baju n pi sewa peralatan tuk snorkelling rm18 je sorg ^_^ so leh sewa smpai keesokknya and pulang blk selewatnya smpai pukul 10 mlm! So ptg tu huby ajaq aku tu bersnorkeling esok hari, cz wife comey dia nie xreti berenang hehe, takut lak aku mgelupur ke kan esok kiki, so huby ajaq lah cara2 tuk mgimbangkan bdn dlm air, mula2 takut sgt2 bila huby bwk pi tgh laut!!! Tapi sebab percaya kan huby, so aku beranikan lah diri yg xberapa nk berani nie haha, huby ckp syg xpyh takut syg kan pakai jaket keselamatan so xkan tgelam kiki jom tgk pic aku berlatih snorkelling dgn guide yg hemsemtu haha

                                            Kdai tuk myewa peralatan snorkelling ^_^

Siap buat peace tu! Kiki cz dh smkin berani didalam air haha

Yeayyy!! Dah berani berenang sorg2 di tgh lautan, tq my cinta ajaq syg berenang hehe walaupun pakai jaket keselamatan haha

Huby dgn aksinya yg agak poyoss! Hehe cz dia ckp xpuas if berenang pakai jaket keselamatan hehe xpelah awak tu reti berenang cehhh hehe..
Ok malamnya pihak resort yg sedia kan dinner tuk kami, dinner termasuk dalam pakej kami ambik ^_^ kami sgt2 lah bertuah kerana dtg pada hari berkerja n bukan cuti sekolah, so xramai lah yg ambik pakej, yg g sendiri tu ramai gak, so mlm tu hnya kami berdua, baying kan restoran bsq2 hnya kami berdua je ada tuk mkn, n dilayan sgt2 istimewa haha, saje  usik kat incik suami, huby tempah khas tuk syg ke? Haha

Makan mlm kami, nie sebahagian je xsnap smua, cz segan semua memandang kami, haha, yelah dah kami berdua je, so perkerja kat situ tgk kami jelah haha, yg nmpak mcm greng pisang tu sebenarnya sotong goring tepung haha, sdp sgt, ok yg nie mmg serius masakkn kat sun beach resort nie sgt2 sdp! Asam pds ikan tnggiri dia tu, lbh kurang mcm asam pds johor mak zr msk sdp!! Hehe


 Xberkedip tgk tv mamat hemsem ku nie hehe

Sebelum tggu makanan sampai snap pic dulu hehe
Past mkn kami pun lepak di kafe dekat sun beach resort tu, kat situ ada wifi and tv so leh lah lepak2 kat situ bersama pelancong yg lain@ pun pi berjalan di tepi pantai menikmati udara segar laut di malam hari J


Kafe tuk melepak tgk tv n ada wifi percuma hehe but hnya tuk customer sun beach resort ^_^ pastu tuk supper kami diberi mkn bubur jagung dan air kopi o panas emm dap2 hehe.alhamdulilah knyang n masakan dia mmg terbaikkk!
Keesokan paginya dalam pukul 8pagi kami bersarapan, di sun beach resort nie termaksuk dlm pakej, sory xsnap pic lupa, hehe dia sediakan roti bakaq n bee hoon goreng je haha.
So kami pun siap2 tuk ber sorkeling ^_^

Menunggu bot laju tiba ^_^

Dalam bot laju, sebernarnya satu bot laju nie boleh ada 12 org, disebabkan hanya kami yg ambik pakej so hnya ada 4org je, lagi satu pasangan customer resort damai ^_^ bersebelahan resort kami ^_^ pasangan yg baru saja kawen 15 hari kiki pgantin baru lah nama dia kak syarifah and abg bakrie ^_^ so dpt lah kawan baru masa snorkelling hehe ^_^
Mula2 kami dibawa ke galeri marine park! Taman hasil laut ala2 museum gak lah jom tgk pic kami

Mcm dalam sekolah tadika je pic nie sweet haha

Mungkin korang tertanya2 kan sape yg ambik kan pic2 kami hehe, sbnrnya kami set ms je kat camera tu and pandai2 lah ltk dia kat mn2 yg leh snap pic kami hehe

Welcome2 taman laut tioman ^_^


Di marine park kat sini kawasan dia agak dalam 20meter dalam and ikan dia agak bsq2 dan rakus haha masa aku snorkeling huby saja dengki baling roti dlm air! Apa lg ikan semua serbu kat aku dan mggigit siku aku! Agak pedih gak masatu  cz luka dan kena air masin kan, pastu majuk jap kat huby selama 3minit hehe gedikk!

Lama2 dah berani, mcm xmau naik lakh aha, cz dah syok tgk ikn2 yg cntik2 serius mcm kagum sgt2 dengan keindahan ciptaan tuhan nie, xrugi kalau korang g tioman, so yg xreti berenang jgn berani, cz dlm pakej nie dia siap sediakan guide tuk ajaq kita snorkeling, mcm kak syarifah tu, mula2 takut tp bila guide tu dah ajaq dia berani dh, mcm aku huby je guide aku cz huby dh reti berenang ^__6 ohhh my hero!!! Haha poyoss

Pic nie abg bakrie yg tolong snap kan tq abg bakrie kiki
Ok selepas beberapa jam puas main air kami dibawa membeli belah di kampong tekek, kg tekek nie merupakan mcm pecan kat pulau tioman nie, sini gak ada jual cenderahati tuk dibawa pulang, kedai bebas cukai, tapi bila aku bandingkan harga, lg murah sebernarnya barang yg dijual di kg genting, maybe kg tekek pusat tuaman pelancong so harga agak mahal sikit. So kat sini kami xbeli apa2 pun just mkn, makanan yg ditapau oleh pihak resort tuk kami mkn lunch, ms g kg tetek nie, kami xtukaq baju pun cz bj akn kering masa kita naik bot laju nati, past coping, kami dibawa kepulau renggis lak tuk snorkeling lg sekali ^_^

Sempat tukaq tudung je hehe imej kena jaga kan haha ^_^

Tgoklah ikan2 kat marine park nie ada yg bsq2 tu yg suka mggigit hehe. Tapi kat pulau renggis lg lah, ya ampun!!! Lg sgt2 best! Cz lg cntik2 ikan dia n lg satu yg paling best batu karang dia!!! Cntik sgt2 susah nk digambarkan hehe ^_6, masa kat pulau renggis nie zura xsnap pic just rakam video je, nati zura masukkn video nya. Masa kat sini guide yg bernama abg bad tu ckp, jgn g jauh2 sgt, cz td ada pelancong nmpak jerung!! Alamak mula dah panic, tp nmpak ikn lawa2 trs xingat jerung dah hehe, incik suami nmpak lah jerung 2x dia nmpak tapi dia ckp xbsq sgt, dia snyap je, cz xmau zura mgelupur dlm air dia kata haha, dah naik bot baru dia bgtau hehe..so abg bad pun xberani lah nak bwk kami lama2 kat situ ^_^
Ok blk je ke bilik, ptg tu kami minum ptg kat restoran tepi pantai mcm biasalah abc n buger dia yg sdp tu mnjadi pilihan hehe, ptg tu smpat lg kami snorkeling jap kat pantai depan bilik je, cz hari nk mgrib dah, and siap2 tuk bbq mlm nie ^_^ kami risau gak, xkan kami bbq 2org je?/ mcm segan lak kan haha, tapi alhamdulilah dah ada customer lain yg ambik pakej so ada dalam 7org, mcm2 ada nyum2 sodap2 haha



Incik huby duk memilih pelbagai menu, aku just duduk menunggu haha pemalas btui kan hehe, ada ayam bakaq,sotong,udang,ikan, meegreng,nasi greng,salad, pudding n mcm2 lg lah penuh satu meja kami mkn haha sory xsnap pic mknan cz tgn tgh kotoq mstu mls nk pi basuh cz bnyk lg makanan nak di mkn haha truk btul aku nie kan haha, sory lah makanan tu semua sdp2 tu xleh nk bhnti haha
Past mkn kami menonton pelawanan bola sepak kedah vs johor haha, elok lah aku org johor huby org kdh! So malam tu kami xgeng sekejap! Smpai perlawanan habis haha.
Past hbs bola pihak resort myediakan supper lak! Ikutkan dah knyang tp sian lak kat perkerja dia dah pnt2 sediakan so kami pun nyamah lah gak, bubur kcg hijau n the o pans emmm dapp! Ingat nk nyamah je, tp terlebih lak smpai pi tambah dua kali ahaaak!haha
Mlm2 terakir tu kami pun pi lah berjalan lpk2 kat depan bilik, mgimbas kenangan bersama hehe ^_^  ohhh  romantiknya saat tu ^_^
Luv u sooo much suamiku!!! Muah!

Kami berjanji akan bersama susah dan senang hingga ke jannah insyallah. Moga rumahtangga kami akn sentiasa dirahmati ilahi. AMEEN ^_^
Esok paginya kami pun siap2 tuk bersarapan n pulang huhu sodih2 mcm xmau balik je! Nak jadi org pulau leh x? haha
Sarapan pagi kami nasi lemak nyum2 sdp! Bnyak lg pilihan sarapan yg disediakan, ada roti bakar, mee goreng n soto, but kami memilih nasi lemak je hehe ^_^ pastu siap2 tuk blah! Haha bye2 tioman, nati kami dtg lagi huhu sedih L thank warga sun beach resort yg sgt2 baik melayan kami berdua, masakan pun sgt sdp thnk pokcik yg tukang masak tu n kwn2 layanan korang sumua super lah! So kalau korng nk layanan yg agak  istimewa datanglah waktu yg bukan cuti sekolah hehe, cz xramai org, best sikit, if ramai org nk mkn pun kena rebut payah haha
Bye2 tioman, beg besaq tu aku punya haha tgok beg huby kecik je yg dia dukung tu kiki, biasalah pompuan bnyk sgt baju nk dibawanya hahahaha

Masa tuk pulang bye2 tioman ^_^..tunggu destinasi kami tuk bulan depan ya ^_^ destinasi cinta kami yg seterusnya telah di plan…hope semuanya didalam perancangan. Amen…tq sudi membaca luv u all muah! Assalamuailaikum ^_^…