Thursday 22 August 2013

Setiap yg berlaku pasti ada HikmahNya....






Assalamuailaikum semua, moga korang semua berada dalam lindungan AllahS.W.T, maha suci Allah, zura masih mampu untuk menulis blog merah jambu nie lagi. Alhamdulilah atas nikmat yang di beri, walaupun lately kesihatan tak berapa nak baik, rasanya dah berbulan2 blog nie zura xbuka langsung, nasib email n password zura still ingat lg, syukran tq Allah...nak tulis blog nie kena tgok mood jugak and masa, if husband ada memang xsempat lah, cz bz mguruskan hal rumahtangga ^~*

NOw zura menulis sambil mendengar lagu nasyid, so feel tu lain sikit, harinie teringin nak cerita pasal dugaan Allah, cz td terbuka satu blog, bila baca, masyAllah besarNya Dugaan yg dia tanggung, kdg2 bila kita diuji Allah kita rasa,kitalah org yg paling kuatAllah uji, smpai satu tahap kita rasa naper kita xmcm org lain? boleh hidup bahagia? kenapa satu2 Allah uji aku? but bila kita tgok sekeliling rupanya ada org yg lagi maha hebat ujianNya...  contohnya bila Allah uji kita dengan sakit, kdg2 kita rasa Allah xsyg kita ke?  tapi sebenarnya...                                                                                      


Orang sakit ni Allah sayang. Allah nak hapuskan dosa-dosanya. Mungkin juga Allah nak tingkatkan darjatnya. Ada keterangan dari hadis bermaksud: “Tidak ada satupun musibah yang menimpa diri seorang muslim, baik berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan kedukaan maupun penyakit, bahkan sepotong duri yang menusuk, kecuali dihapuskan Allah dengannya sebagian dari kesalahan-kesalahannya” (Bukhari dan Muslim)
Itulah kasih sayang Allah, kerana Allah mahu kita sentiasa suci dari dosa atau Allah mahu kita kembali kepadanya dalam keadaan bersih dan sucin dari dosa. agar kita selamat dari siksa neraka. Kerana Tuhan memerintah dunia ini dengan kasih sayang, Dengan sifat pemurahNya, Sedangkan di alam akhirat nanti, Allah memerintah dengan sifat adilnya. Bila dengan keadilan Tuhan,yang bersalah pasti dihukum. Yang berdosa pasti dibersihkan di neraka dahulu. Diberi siksan sesuai dengan janji Tuhan di dunia. FirmanNya: “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah akan melihat kebaikannya, Sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah akan melihat kejahatannya, Maka atas keadilanNya,,pasti yang berdosa akan ke neraka, tetapi atas kasih sayang Tuhanlah, sesiapa yang sakit diampunkan dosa-dosanya. Oleh itu beruntunglah sesiapa yang sakit. Bila sabar dan redha kepada Allah dengan ujian kesakitan, keampunanlah balasannya. Keampunan Tuhan ertinya keselamatan. Selamat dari api neraka. Adakah sesuatu yang lebih berharga dari keselamatan? TApi kalau setakat kita ckp mmg sng but bila kita dah diduga adakah kita sekuat dan setabah dengan kata2 nie???? emmmm bagi aku pada permulaannya mungkin agak sukar, but lama2 pasti kita akan redha dgn segala ketentuan, lg pun saper yg xmau masuk syurgakan? impian setiap org, moga aku  pun akn msuk syurga, Amin, insyallah....
Sakit juga petanda seseorang akan mendapat kebaikan selepas itu. Pernah Rasulullah bersabda:
“Barang siapa yang akan memperoleh limpahan kebaikan dari Allah maka terlebih dahulu ia akan diberi cubaan” (Bukhari  dan Muslim)
Diceritakan satu kejadian ketika seorang sahabat iaitu Ibnu Mas’ud menziarahi Rasulullah, ketika itu Rasulullah sedang demam.
Muaz: ”Aku berkata kepadanya, ‘Ya Rasulullah, badanmu amat panas’ Baginda bersabda, “Memang, suhuku naik, sampai dua kali ganda suhu badan kalian di kala demam, ” Aku berkata, ‘Sebabnya mungkin karena diberi pahala dua kali ganda pula’. “Benar begitu!” ujar Nabi, “Dan juga tidak seorang muslim pun yang ditimpa kesakitan mulai dari tusukan duri hingga yang lebih berat dari itu, kecuali Allah hapuskan dengan itu kesalahan-kesalahannya, seperti kayu yang menggugurkan daun-daunnya” (Bukhari)
MasyAllah hebatkan kelebihan redha kalau ditimpa sakit, moga kita semua akan kuat mghadapi dugaan dan ujian Allah, SEtiap yg terjadi dalam kehidupan kita nie semuanya dah diaturan kan Allah sejak azali lg, so xpayahlah nk meratapi bagai, just follow je apa jua aturan Allah insyallah adalah hikmah yg tersembunyi disebalik dugaan tu, walaupun sukar kuatkan semangat ya, kawan2 semua,dan doakan zura jugak kuat semangat mnghadapi setiap dugaan Allah ya, Amin...