Saturday 26 January 2013

erti sebuah sebuah kehidupan...seperti roda, kdg2 kita diatas kdg2 kita dibawah...

******
Ya Allah.. Tuhan yang Maha Penyayang. Berikan aku kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi segala ujianMu ini, Ya Allah. Sesungguhnya aku sangat lemah tanpaMu. Aku tahu, setiap apa yang Kau takdirkan ini adalah yang terbaik untukku. Setiapnya pasti ada hikmahnya. Engkau sahaja yang mengetahui segala-galanya. Ya Allah, andainya ujian ini mampu mendekatkan aku kepadaMu, aku redha dan berikan aku perlindunganMu. Jangan pernah biarkan aku berpaling dariMu kerana kesusahan ini, Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat aku mengadu, berserah segala-galanya. Ameen..

Thursday 10 January 2013

bertahjudlah kepada yg Esa...


bangkit tahajjud




Dulu, ada orang pesan, "Lazimi qiamullai. Kalau malas sangat pun, at least sempat solat 2 rakaat. 

Bukan lama pun, kejap je. Paling-paling malas, bangun dekat-dekat subuh dan tunaikan solat 2 rakaat tahajud"

Terima kasih atas pesanan yang berbekas di hati.

dulu masa zaman stdy, musim exam selalu lah bgn bertahjud, emmm terukkan? 


bila nk exam je rajin, haishhhh....tahjud nie sebernarnya, susah nk digambarkan rasanya,  bg zura jika kita rasa sgt2 resah dan xtenang je hati, eloklah bertahjud, kerana pd waktu pg yg hening tu, bila kita berbicara tntg isi hati dgn y

g Esa, terasa sgt2 dekat dngNYA... sure korang akan menagis teresak2 mmng time nie feeling tu lain sikit, baru2 nie ada kwn zura, mgadu, dia baru putus cinta, dan sgt2 patah hati, lalu membawa diri ke negara org, tp disana pun beliau masih xleh lupakan kekasih hatinya, dia tnya zr mcmmana nk buat? zura ckp bertahjudlah, bgn mlm dan mohonlah pertunjuk dari Allah..... .kdg2 Allah nk uji je sejauh mana tahap keimanan seseorg tu, bila ditimpa ujian.... zr ckp kat kwn zr tu, ujian putus cinta nie kecik je, cuba kau bandingkan ujian yg Allah berikan dekat org2 sekeliling ko dgn ujian yg maha hebat? 


Depending on people. Tapi seboleh-bolehnya, cuba kita lazimi qiamullai. Kalau anda mampu bangun awal dan sempat untuk berqiamullai walau tidur lewat, teruskan. Bagus sangat-sangat. Anda memang sangat hebat! 

Satu perkara yang mungkin boleh bagi kekuatan pada kita ialah, ingat akan keadaan kubur kita nanti kita mati lepas ni.

Cakap pada diri,  "Bangun, bangun, jangan malas. Kubur it gelap gelita bagi sang pemalas".

Cuba tanya diri kita, berapa kali bangun qiamullai minggu ni? 

Ya. Kita bangun di malam hari, saat orang lain masih tidur, bukan untuk dunia. Bukan juga untuk manusia lain kagum pada kita. Bukan untuk tunjuk kat orang yang kita bangun menangis di malam hari mengenang dosa kita. No one sees you at that moment. It just between you and Allah. Ya, ia untuk saham akhirat kita. Kita bukan nak orang tengok dan rasa kita ni hebat, tapi kita nak jadi antara hamba yang hebat pada Allah.

Wednesday 9 January 2013

cantik vs kurang cantik


Bismillah~

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca Blog gadis merah jambu. Tujuan saya menulis artikel ini bukan bermaksud tidak berpuas hati dengan ciptaan Allah SWT tetapi hanya peringatan untuk diri sendiri.

Sudah lumrah manusia, seseorang yang kacak dan cantik akan selalu diutamakan. Kita boleh lihat disekolah atau dimana-mana tempat sahaja. Walaupun seseorang yang kacak dan cantik itu bukan seorang yang berilmu, tetapi kekacakan dan kecantikan sudah dapat menarik perhatian orang.
beauty
Bagaimana mereka yang kurang kacak dan kurang cantik? Maaf saya katakan. Mereka selalu disisihkan! Mereka tidak akan mendapat layanan seperti mereka yang kacak dan cantik.
Sekali lagi, ini lumrah manusia. Mereka yang kurang kacak dan cantik ini akan rasa sangat tersisih. Bukan tidak bersyukur, tetapi kecewa dengan sikap manusia yang hanya ”pandang” orang-orang yang kacak dan cantik..
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”
Riwayat Muslim
Sebagai seorang yang kurang kacak dan cantik, perlukah kita mengeluh? Tepuk dada tanya Iman. Bersabar dan bersyukurlah apabila menerima ujian ini.
Fiman Allah:
“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya dari kejahatan.” (QS al-Baqarah : 177)
Biarlah kita tidak dipandang manusia, asalkan kita dipandang Allah. Ingatlah, setiap kekurangan pasti ada kelebihan dan setiap kelebihan pasti ada kekurangan.
Besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya.
Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan.
Bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. Kebaikan mahupun keburukan. Teruskan senyum :)
.


dari: 

Saturday 5 January 2013

Kisah gadis bertudung labuh….




“ manusia akan mati….tetapi penulisannya akan kekal abadi…” wahai insani.coretanku ini tidaklah hebat tetapi cuba untuk menyampaikan walaupun sebaris ayat”
Alhamdulilah hanya itu yang mampu ku lafazkan ke atas ilahi atas segalanya….kisah hati ku ini telah lama ku pendamkan sejak sekolah menengah lagi…kisah ini apabila aku melihat seorang gadis, bertudung labuh, YA ALLAH…TERDETIK DI HATIKU inikah yang dikatakan BIDADARI syurga?  Sangat tenang rasanya hatinie melihat gadis bertudung labuh itu, SUBAHANALLAH, terasa malu menyelinap diri yang menutup aurat ala kadar sahaja, dari saat itu aku selalu menginsafi diri untuk menjadi seseorang muslimah yang lebih baik. Dan satu hari nanti aku jugak akan bertudung labuh…

Sejak tingkatan 3, aku mula sikit2 memperbaiki diri, bermula dengan memakai baju lengan panjang dan bertudung setiap kali keluar. Tetapi kerana jiwa remaja ku ketika itu, azamku untuk bertudung  labuh hanya terkubur disitu sahaja…
Masuk zaman kolej…aku still lagi menjaga harga diriku sebagai seorang muslimah, oleh kerana aku mengambil bidang dalam medical line, dan perlu berpakaian macam nurse, kami terpaksa berpakaian lengan pendek!!! YA allah masa tu aku sgtlah tidak selesa! Kerana selama nie aku hanya akan memakai baju lengan panjang bila keluar rumah, mana mungkin aku boleh memakai baju lengan pendek nie ke kuliah?

Jalan penyelesaiannya, ramai aku melihat kawan2 muslimah ku memakai “stoking tangan” untuk menutup aurat, tapi bagiku ianya agak tidak selesa kerana terlalu ketat ditangan, dan rasa kelakar rasanya, so aku pun ambik keputusan untuk menggunakan sweater sahaja, ya setiap kali ke kuliah, aku akan memakai sweater, tidak kiralah waktu tu tengah hari buta ke, panas ke, aku tetap akan memakainya, ada jugak kawan2 kuliah ku menegurku, xpanas ke kak? Pakai sweater tengah hari buta nie? Nak je aku kata kan, disana nati lebih panas dari ini dik,  biar panas di dunia bukan di akhirat, tapi untuk menjaga hatinya, aku hanya katakan, aku dah terbiasa, memang suka pakai sweater coz dalam kelas kan  aircon je, sejuk. ..

Secara jujurnya aku bukanlah seorang muslimah yang baik, tapi aku ingin menjadi muslimah yang lebih baik dengan izinNYA…pasti!  Sejak m eninggalkan alam study,  sehingga aku menjadi seorang isteri, azamku untuk memakai tudung labuh xpernah padam, sebenarnya aku mempunyai dua account facebook!  Satu lagi facebook ku aku hanya add fb2 yang  digunakan untuk berdakwah, serius aku cakap, berchat dengan diaorang tentang isi hati, dan tentang islam sangat2 lah menenangkan jiwaku, melihat gambar2 mereka di fb, bertudung labuh, YA allah sejuknya mata nie memandang, umpama kupu2 syurga, melihat kata2 mereka di fb, semuanya tentang keindahan islam, ya benarlah kata2 ini, setiap manusia akan mati, tapi penulisan mereka akan kekal abadi, umpama jika kita mati, tapi usaha dakwah kita akan terus berjalan, dan jika ada orang yang mengikutinya, maka saham pahala kita akan berterusan, dan bayangkan jika kita mati, penulisan kita yang sia2 difb masih berterusan, dan gambar2 kita yang tidak menutup aurat di fb masih ada, bukankan itu juga merupakan saham kita jugak? Tapi saham yang akan membawa kita ke NERAKA…SUBAHANALLAH…

Pernah aku menyatakan hasrat ku kepada suamiku untuk bertudung labuh, suamiku kata dia tidak kisah, janji penghijrahan ku itu ikhlas kerana ALLAH. YA ALLAH, sesungguhnya hambaMU ini sangat2 ingin menuju kejalanMU ya ALLAH, KAU bantulah aku, permudahkanlah penghijrahanku ini YA ALLAH.  Bukan hanya bertudung labuh sahaja, tapi aku ingin menjadi seorang anak yang solehah untuk kedua ibu bapaku, dan menjadi isteri yang solehah untuk suamiku…dan kalau diizikanMU YA ALLAH, aku juga ingin menjadi ummi yang baik untuk anak2 ku. Amin….mungkinkan 2013 ini akan menjadi titik penghijrahanku?  Kawan2 doakan saya mendapat hidayah dari ALLAH ya. Amin…