Sunday 26 June 2011

jom kita renung2kan ^_^

“Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.”

“Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”

“Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.” ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan

“Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.”

“Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.”

“Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi.”

“Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.”

“Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.”

Sunday 19 June 2011

KEBoSAn hArI NiEEeee...


assalamuailaikum....
harinie xtau nak buat aper2, tgok tv pun mcm xbest je, so aku pun bacalah buku yg haritu aku beli.
haritu g kedai buku agama, mcm nk beli semua je cz semuanya menarik perhatian aku nk baca hehe. but aku pilih 3 buah buku je. tajuknya kisah tauladan, Bila Rasulluallah bertanya iblis menjawab and kisah nabi musa& firaun.

Dua buku dah hbs baca, just tinggal kisah firaun je baru nk start baca, start dia pun dah best tntang nabi musa diambil ank angkat oleh firaun yg jahat n zalim tu. myampah aku tgok perangai firaun nie mcm nk sekeh2 je kepala dia. uikkk teremosi lak hehe. yelah ada k dia bunuh semua bayi2 yg baru lahir, zalim n kejam btul.semata2 mendengar kata tukang sihir, akan ada bayi yg baru lahir, yg akn menjatuhkan kerajaan firaun bila dewasa kelak. so dia bunuhlah semua bayi yg baru lari, sengalnya firaun nie. if ada depan aku dah sekeh2 dah otak dia nie hehe.

but buku yg first aku baca tntg Rasullulah bertanya iblis mnjawab tu lg super best!!! memang menyentuh sanubariku kihkih. bila bc gerenti meleleh air mata nie tetiba je. cz membayangkan amalan diri yg ciput je hehe. nati nk g lagi kedai buku, nk cari buku yg lg best ^_^... now buku yg ada ank buah dah pinjam so kena cari koleksi yg lain.

ank buah aku, suka sgt bila aku bercerita kisah2 nabi, lg2 bila aku buat2 nada2 suara yg mcm2 haha, mgekek2 ketawa... rindu pulk zaman mgajar kat KAFA dulu ^_^ suka bercerita kat ank murid alahaai diaorg ingat lg x kat cikgu zura kan :)

Saturday 18 June 2011

bidadari syurga, bila dgq lagu ainul mardiah mesti aku cuba membayangkan cantiknya bidadari syurga ^_^


Aduhai bidadari syurga…
Mendengar lagu dan membaca hikayat kalian
membuatkan aku tertanya-tanya.
Mampukah aku menjadi seperti kalian?
Layakkah aku berdiri di sisi kalian?
Sedangkan perjuangan ku tak tersaing dengan kalian
dan kehambaan ku tak sehebat pengabdian kalian…..
Riwayat bidadari syurga,
menambat hatiku pada Yang Esa…

Walaupun kita mungkin tidak mampu meletakkan nama kita
sebaris dengan para seikandi2,
tetapi marilah kita berusaha untuk memperbaiki diri
dan meningkatkan keimanan kita supaya kita dapat bersama-sama mereka di syurga nanti.
Insyaallah. Al Fatihah untuk para seikandi ini.Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan redha Allah S.W.T.

suka dgq lagu ainul mardiah, bidadari syurga,
if dibayangkan tak terbayang rasanya,
mcmnerlah cantiknya bidadari nie kan,
mgikut gambaran yg selalu kita bc mcm terlalu cantik...
waaa bestnya menjadi bidadari syurga. Masyallah ^_^

hati...bersabarlah duhai hati kecilku ^_^






Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.

Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.

Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.

Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.

Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.

Dari ujian itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkah keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
dia akan datang. itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

fahamilah hati kecilku :) chaiyok2 cik insyi ^_^

Friday 17 June 2011

rintihan hati kecilku:)






assalamu'alaikum...

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله ومن تبعه بإحسان إلى يوم القيامة

Aldohamdulillah bersyukurlah kita selalu kepada Yang Maha Pemurah..
Segala yang diberi ada sebab, ada rahsia, ada tujuan dan ada hikmah..
Perlu kita insafi,perlu kita hayati dan perlu kita muhasabah..
Mesti di ingat semua akan berakhir bila diri kembali ke dalam tanah..


Ya Allah..tidak terkira berapa banyaknya aku telah melupakan Mu..
Tidak seberapa amalan ku yang hendak ku persembahkan kepada Mu..
Tidak terhitung berapa banyak dosa yang telah ku lakukan terhadap Mu..
Tidak terhitung berapa banyak ni'mat hidup di dunia kurniaan oleh Mu..
Ya Allah..ampuni aku dari dosa-dosa yang ku lakukan pada Mu..
Sama ada yang aku sedar mahupun tidak..yang kecil mahupun besar..

Sakit yang ku rasa, derita yang ku tanggung lantaran dosa yang ku lakukan..
Berilah aku keampunan di dunia an di akhirat..
Berilah aku peluang untuk kembali semula ke jalan Mu..
Berilah aku sentiasa merasai bahawa Engkau sentiasa memerhatikan aku..
Agar aku akan sentiasa lebih berhati-hati dalam melangkah di dunia fana' ini..
Agar aku rasa ketenangan jiwa dari segala hasutan nafsu ammarah dan hasutan syaitan..

Ya Allah..sesuungguhnya Kau Maha Mengetahui dan Maha Mendengar rintihan hamba2 Mu..
Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Maha Pengampun..
Ampunilah aku Ya Allah..

Tuesday 14 June 2011

Panggilan Suara Jihad




Assalamu'alaikum.....

Alhamdulillah... setelah sekian lama baru kini dapat ku sign in & berpeluang utk update blog ini.. huhu... Sedikit pesanan ringkas, panggilan suara jihad untuk hati yang lembut, sensitif, mengambil berat perihal umat Islam dan mencintai mereka sebagaimana mengasihi diri kita sendiri..

1- Mari sama2 gerakkan lidah & hati untuk membaca qunut Nazilah dan mendoakan kehancuran Israel laknatullah yang telah berzaman melakukan kezaliman di luar batasan.. & semoga saudara seaqidah kita di Palestin khususnya diberi lagi kekuatan, ketabahan & kesabaran yang tinggi selain dikuatkan semangat jihad yang lebih kuat dari saat ini bagi mempertahankan Islam, aqidah & tanahair tercinta. Khaibar2 Ya Yahuud!! Jaisy Muhammad saufa ya'uud!!

2- Let's pray for our brothers yang berjuang berani mati dan bersedia utk syahid bagi menghantar bantuan ke Gaza. Moga mereka dapat sampaikan bantuan dengan selamat & dipermudahkan olehNya.

3- Jom giatkan lagi kempen boikot barangan Israel!!

4- Sebarkan maklumat & titipkan kesedaran kepada kaum keluarga & sahabat handai kita mengenai apa yang berlaku terhadap umat Islam & apa yang patut kita perbuat sebagai Muslimin yang beriman.