Saturday 12 November 2011

juadah petang nie, kueh teow goreng cik zura hehe

petang2 mcm nie msk kueh teow goreng memang sedap, mkn panas2 peh meleleh siut kihkih, kueh teow goreng nie memang fav aku, lg2 char kueh teow hari2 mkn pun xper, xjemu punya hehe. oleh kerana xcukup bahan nk buat char, aku buat k.t goreng je ptg nie...sedap xterkata coz aku mamam sampai licin!!hehe
cara2nya: 1 kilo kuey teow 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 2 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas) 2 biji telur ayam, fish cake,kerang (ikut selera masing2, sebagai rencah) 2 sudu besar kicap manis 1 genggam taugeh (ikut suka) 2 sudu besar minyak masak untuk menumis garam dan perasa secukpnya 1/2 cawan air Cara-cara cuci dan toskan kuey teow blend/tumbuk bawang besar dan bawang putih panaskan minyak dan tumis bawang+bawang putih+cili boh/giling dan tumis hingga garing masukkan sos tiram dan kicap manis dan kacau rata dan tambahkan dengan sedikit air tadi (boleh tambah lagi jika suka) masukkan garam+perasa dan kacau rata pecahkan telor dan kacau hingga telor sebati (akan jadi pekat) masukkan taugeh dan rencah dan kacau hingga sebati masukkan kuey teow dan gaul hingga rata

Thursday 10 November 2011

ayam masak serai

hari nie zura masak ayam masak serai sodap jgk selamat mencuba ^_^
Cara-cara masakan resepi masakan ayam masak serai; 1. Panaskan minyak di dalam kuali. 2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan serai yang telah dikisar sehingga naik bau. 3. Masukkan ayam, sedikit air dan kacau sehingga rata. 4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga lembut. 5. Masukkan carrot dan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali. 6. Masukkan garam dan serbuk perasa. 7. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah. 8. Tutup kuali seketika sahaja, jangan sehingga sayur layu. 9. Siap untuk dihidang dan dimakan. Selamat mencuba resepi ayam masak serai

kacang kuda nyum ^_^

xder benda aku nk mgomel ptg2 mcmnie, g jenguk2 kat dapur ada kacang kuda, sodap jugak makan kcg kuda nie, sambil on9 hehe. aku pun merajinkan diri merebus kcg kuda, tp dia kena rendam dulu baru cepat empuk...senang je just ltk garam sudah siap...jemput mkn, nyum kihkih

"ayam masak sambal merah with kobis bunga"

malam nie lauk aku simple je, blk je dari pasar ptg td, trus mandi and solat mgrib, then terus ke dapur coz perut aku dah kelaparan. hehe. so aku pun terus je bukak peti ais and jadilah jeng2 haha.. sedap xterkata coz kobis bunga nie fav aku so mkn dgn lajunya tanpa menoleh kiri dan kanan.haha...aku masak pun td laju je, simple but sodap... bahan2 dia xpayahlah aku publish coz senang sgt, korang pun mesti tahu kan, guna cili merah tu je, yg lain sikit aku tambah kobis bunga..tu je..

Wednesday 9 November 2011

Mengapa Wanita Sering Menangis....???



Ya Allah mengapa wanita sering menangis??? JawabNya :
Kerana wanita itu unik. Aku ciptakannya sebagai makhluk yang istimewa, Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak - anak, Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman, Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia, Aku teguhkan peribadinya untuk teruskan berjuang pada saat yang lain menyerah, Aku berikannya naluri untuk mencintai anak - anak dalam apa jua keadaan sekali pun, Aku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh "orang" yang dia sayangi....Wanita makhluk kuat, Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Aku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru. " WANITA itu ISTIMEWA "

"ayam masak kuah kacang"

wahh lamanya aku xbuka blog aku nie, dah bersawang2 dah fuh!fuh! hehe, berhabuk dah, now agak bz sikit nak settle kan mcm2 persiapan, haha mcm nk kawen je bunyinya, lama lg lah, masanya akan tiba jua, tunggu ya kawan2 hehe.

now aku dalam proses nak naikkan berat badan, coz berat aku xsampai lg berat yg sesuai ngn tinggi aku, so kena lah mkn bnyak sikit, but nk maintain je, nati hbs lah kebaya aku xleh pakai haha, ada ke aku baju kebaya? propa btul cik zura nie, hehe.

so aku pun terpaksalah merajinkan diri mgeledah blog masakan yg melambak2 tu, semalam terliur lah pulak aku tgok ayam masak kuah kacang and nasi impit. so td aku pun merajinkan diri kedapur huhu, tgah berselara nie, kena masak sedap2 lah baru leh mkn bnyak2 hehe. pelik je orang nk diet aku lak kena tambahkan berat bdn haha. oklah dapat mkn bnyak2 kihkih.

dgn jayanya aku nk mempersembahkan ayam masak kuah kacang aku bersama nasi impit jeng2, haha. resepi aku cilok kat blog kak ijan ^_^ hasilnya sgt sedap. leh buat tuk yg tersayang nati cewah!! tapi aku xikut sgt resepi dia, aku olah sikit ikut resepi aku, coz ada yg letah bunga cengkih n lawang tu aku xgemar sgt bau dia :)







bahan2 yg aku guna senang je, yg ada kat dapur aku je haha..

300 g isi ayam (potong dadu)( tapi aku guna aym yg bahagian tulang, coz my fav)
200 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
5 sudu gula merah/ gula melaka
2/3 cawan gula putih
garam
1 cawan air asam jawa

Bahan-bahan tumis :-
2 batang serai


Bahan-bahan kisar :
20 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
Cara-cara

Kacang tanah yang telah digoreng, di buang kulitnya dan dikisar.(Setengah halus dan setengah kasar).
Panaskan minyak,tumis serai hingga wangi,
Masukkan semua bahan kisar tadi.Biar garing sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan isi ayam. Masak hingga ayam hampir masak dan airnya kering sedikit.( ayam kalau nak digoreng setengah masak dulu pun lg senang)
Masukkan gula merah, gula putih dan garam. Biar mendidih seketika.
Masukkan kacang yang dikisar tadi.Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan sehingga kuah nampak kemerah-merahan dan lapisan minyak naik ke atas.
Siap untuk dihidang.

senang kan campak2 je dah leh jadi kihkih ^_^