Sunday, 10 February 2013

kesan solat dhuha dalam kehidupanku....


SOLAT SUNAT DHUHA .:)



Assalamualaikum...



Tiba-tiba teringat dekat mak pagi2 macam ni.dah lama tak balik rumah..rindu sangat.minggu depan incik huby balik nak ajk blk segamat, cz bulan lepas dah blk kedah, so bulan nie blk segamat, aku and huby memang dah discuss tiap bulan if xde apa2 plan, kitaorg akn ambik sikit masa tuk balik kg, sementara mak ayah masih ada nie, luang2 kan lah sikit masa tuk mak ayah kita, hah sape2 yg pyh sgt nk blk kg tu, ingat2 lah mak ayah kita tu dah tua, perlukan sedikit perhatian, bukan wang ringgit je semata2... hehe membebel lak mokcik zura nie kiki...opsss ok berbalik pd tajuk solat dhuha ^~*.....:").


Pesanan yang mak selalu buat kalau pagi2 macam ni "akak,pergilah buat solat dhuha dari dok ngadap laptop tuh.dapat jugak pahala"..Sincerely aku memang agak terkesan dgn kata2 mak tu...tapi biasalah Kalau nasihat tu just masuk telinga kanan kluaq kot smua telinga .(mcm byak telinga sangat).Dear  mak,eventhough your daughter act like she doesn't love to hear you but she noticed you..she's listening every single word you have say even her face show a duck face (muka itik comey)..she is listening to you.she knows for every words that u've told her were true...


about Dhuha..

Dah lama nak buat.tapi tak buat sebab beberapa factor : 1.mengantuk di pagi hari
                                                                                      2.malas...
                                                                                      3.malas lagi...
                                                                                      4.malas lagi lagi.

Memang tak boleh jadi ni..Sampai bila aku nak jadi kawan syaitan .oh mannn...syaitan is not a friend of yours as well as mine.They are not really good in friends..mereka tu ahli neraka jahanam.hampa mmau kawan..??so go on,senang sahaja..bukak aurat,dedah sana dedah sini,mencuri, etc. kiki





What Dhuha..

Sedih..ada jugak muslims (in ic je la) tak tahu solat sunat dhuha tu ape and kalau tahu pun tak tahu apekehel kena solat dhuha.Nak share sikit lah..aku tahu solat dhuha ni lepas tengok cerita 'DHUHA'.Seorang budak tu nama nya Muhammad Dhuha...suka solat dhuha time rehat,and because of that dia selalu lambat ke kelas.Dan the most sad part dia kena marah2 dgn sorang cikgu laki yg sangat garang tahap perhhh perhhh.Lastly dipendekkan crita budak tuh meninggal dunia sbab excident .Depan mata cikgu yg garang tuh..lpas tu cikgu tu tak pernah tinggalkan solat sunat dhuha and dia mnyesal marah2 + tuduh2 budak tuh.-theend-

Dari cerita tu aku tanya mak ,'mak.APE TU SOLAT DHUHA?? ' (comel je kan aku tny?ahakss).She replied.

'solat dhuha tu solat sunat .solat tuh boleh dilakukan dari pukul 8 sehingga sblum tengahri.'dan ini sahaja aku mampu berkata 'oooooooooooooooooooooooo'.
sebernarnya aku nak citer sikit, dulu aku pernah buat solat dhuha nie, bukannya aku xpernah buat, tapi dh lm xbuat, mak aku nie memang tiap2 pg, dia akn buat solat dhuha, so bila tgk mak selalu bt, so terkesan gak lh kat hati nie, satu haritu aku sungguh2 bt, sambil mngis teresak2...masatu aku pn lp sebab apa aku sedih sgt ( poyo je hehe xkn xingat tp segan nk citer kiki so ckp xberapa ingat lah ahaaak! hehe) lepas aku bt solat tu... masatu aku sgt2 lah sengkek!!! and selepas beberapa haritu, aku g bank...nd tetiba dlm bnk aku ada rm900!!! uikkk sape lak yg masukkan aku duit? setahu aku dlm bnk tu ada rm100 je!!! pastu aku pun bank and tnya mcmner duit aku tetiba bertambah haha jujur x aku nie? jujur ok! ahaaakk!!! pastu diaorg ckp xdpt nk kesan sape yg bnk in duit tu, cz depa guna atm... puas aku tnya kakak2 aku kot2 depa ka murah hati bg kat aku kan, haha smua ckp xde pun! and tnya incik boyfrend! ( now incik suamilah hehe mstu bf lg) dia ckp pun xde pun b masuk kan... huhu rezeki dr langit kot....haha, and tetiba baru aku teringat doa aku ms solat dhuha tu...subahanAllah sampai sekarang masih aku ingat kesan solat dhuha tu... now dh kawen nie, 2 week incik suami kat laut, so aku lebih bnyk masakan, so alhamdulilah now dh mula rajin bt solat dhuha... dah jd isteri org kan xleh malas2' xmau xmau haha, kata nak jd isteri solehah kan? kiki insyallah..
Fadhilat dhuha..(copy and paste je mampu )




Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

cara solat sunat Dhuha :







Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Kelebihan:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher














    Alhamdulillah..hampir setiap hari aku berkesempatan melakukan solat sunat dhuha.Bila duk sorang2 rasa tenang je jiwa....xde tension2 kan.Allah kan ada :)
    nota kaki tgn kiki: if korang nak senang hafal zikir dhuha tu, korang g download mp3 zikir dhuha by hijjaz, so senang sgt2 nk mghafal...dulu aku sgt2 lah payah nk hafal... so angah aku sent kat aku zikir dhuha nie, hah biasalah kan manusia... if bab nyanyi2 nie sng sikit nak hafal...so aku ikut je hijjaz nyanyi( mean zikir tulah hehe) so now aku dah boleh hafal dah :) if korang dgq zikir dia mesti korang suka sgt2 sayu je and sgt bila kita hayati btul2, makna dia tu...tersusun je... xcaya try download zikir dhuha by hijjaz... selamat beramal.... daaaa

    No comments:

    Post a Comment

    Post a Comment