Wednesday 9 January 2013

cantik vs kurang cantik


Bismillah~

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca Blog gadis merah jambu. Tujuan saya menulis artikel ini bukan bermaksud tidak berpuas hati dengan ciptaan Allah SWT tetapi hanya peringatan untuk diri sendiri.

Sudah lumrah manusia, seseorang yang kacak dan cantik akan selalu diutamakan. Kita boleh lihat disekolah atau dimana-mana tempat sahaja. Walaupun seseorang yang kacak dan cantik itu bukan seorang yang berilmu, tetapi kekacakan dan kecantikan sudah dapat menarik perhatian orang.
beauty
Bagaimana mereka yang kurang kacak dan kurang cantik? Maaf saya katakan. Mereka selalu disisihkan! Mereka tidak akan mendapat layanan seperti mereka yang kacak dan cantik.
Sekali lagi, ini lumrah manusia. Mereka yang kurang kacak dan cantik ini akan rasa sangat tersisih. Bukan tidak bersyukur, tetapi kecewa dengan sikap manusia yang hanya ”pandang” orang-orang yang kacak dan cantik..
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”
Riwayat Muslim
Sebagai seorang yang kurang kacak dan cantik, perlukah kita mengeluh? Tepuk dada tanya Iman. Bersabar dan bersyukurlah apabila menerima ujian ini.
Fiman Allah:
“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya dari kejahatan.” (QS al-Baqarah : 177)
Biarlah kita tidak dipandang manusia, asalkan kita dipandang Allah. Ingatlah, setiap kekurangan pasti ada kelebihan dan setiap kelebihan pasti ada kekurangan.
Besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya.
Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan.
Bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. Kebaikan mahupun keburukan. Teruskan senyum :)
.


dari: 

6 comments:

  1. salam, saya sgt bersetuju dgn pandangan awak, mmg zaman sekarang, rupa paras sgt dijadikan keutamaan, lumrah dunia semua manusia sukakan sesuatu yg cantik, bertuahlah bg sesiapa yg mempunyai rupa paras yg cntik, tp isu nya cuma satu, kita nak dipandang cntik disisi manusia ke, disisi Allah? mana yg lbh mnjadi keutamaan? bg wanita yg tdk berapa cntik disana usar gusar, jika hati kamu cntik insyallah kecntikkn itu akn terserlah, tp jika wajah pun xcntik tp perangai pun xcntik, emmm xleh nk kata apa lah huhu. btul x cik zura? hehe

    ReplyDelete
  2. wasalam, saya mmg setuju dgn awak, biar xcntik di mata manusia, tp cntik dimata Allah...subahanallah alangkah indahnya kan jika kita dipandang cntik oleh sang pencipta :), babif muka xberapa cntik n hati pun xcntik tu, zr xleh nk ckp apa lah hehe, cz kdg2 manu.sia nie alpa sape yg mncipta kannya, siapa khalifah n siapa makhluk, subahanallah, mg golongan ini akan diberi hidayah...insyallah..

    ReplyDelete
  3. zura, saya suka bc hadis kat blog kamu tu, mmg paras rupa bkn segalanya kan, saya pun dalam golongan yg mempunyai rupa paras yg cntik ( ramai org ckplah hehe) tp sy rs xpernah bngga pun dgn kecntikkan nie, cz sy rs nie hnyalah pinjaman sementara dr Allah....xkekal lama pun, tua nati xcntiklah kot, berkedut2 dah kulit, hehe.....tp mmg saya xnafikan dgn kecntikkn rupa paras yg ada pd sy nie, sy selalu mndapat benefitnya, dan selalu mnjadi tumpuan jika kat opis, zura pun mesti tahukan, cz awak pun sy tgk seorg yg cntik, tp kdg2 sy rs mcm xadil untik kwn2 sy yg xcntik., i mean rs sebersalah, cz bila kuar mkn, hnya syg yg mnjadi tumpuan, smpai kdg2 mereka ckp bosan keluar dgn sy :(

    ReplyDelete

  4. salam....yup mmg kecantikkan nie pinjaman sementara je dari Allah, tiada apa yg perlu dibangga kan, mmg xdinafikan, sy pun punyai mslah yg sm mcm awak, ms zaman stdy dulu, smpai kwn sy kata xselesa keluar ngn sy, cz ada je lelaki yg akn mgurat, now bila dh kawen, bila zr kuar tanpa huby, dan kena ngurat, rs mcm berdosa pulak, cz menarik perhatian lelaki, kdg2 rs xselamat, bila keluar dgn suami, rs selamatnya dr pandangan mata mereka2 yg bukan muhrim! memang terasa sgt2 indahnya pernikahan tu, rs diri lebih selamat n sempurna, cz kekurangan yg ada pd diri dilengkapi dgn kelebihan yg ada pd incik suami....masyallah sgt indah rupanya pernikahan ini....:) mg kamu akan diketemukan jodoh yg baik dan akn merasai kesempurnaan ini...insyalllah..amin

    ReplyDelete
  5. ye ke? wahhhh nie xsabar nak nikah nie huhu, insyallah bulan 5 nie sy akan mgakhir zmn bujang saya, bakal suami sy satu pejabatndgn saya :). doakan sy akan merasai kesempurnaan tu ya zr huhu.amin

    ReplyDelete